Skip to main content

Berita: DBKK ANJUR KURSUS PRA PERSARAAN DBKK 2025, SEBAGAI PERSEDIAAN KAKITANGAN YANG BAKAL BERSARA

  • -

    17 DISEMBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya telah menganjurkan Kursus Pra Persaraan DBKK 2025 bagi kakitangan yang bakal bersara pada tahun 2026, bertempat di Hotel Horizon, Kota Kinabalu pada 08 dan 09 Disember 2025.

    Seramai 39 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang diadakan bagi memberi pengetahuan menyeluruh berkaitan faedah persaraan, pengurusan kewangan dan wasiat serta persediaan kesihatan fizikal, mental, emosi dan rohani dalam menghadapi fasa persaraan dengan lebih positif dan yakin.

    Majlis Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK. Sementara itu, sesi penyampaian sijil kepada peserta telah disampaikan oleh Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Khidmat Pengurusan), DBKK.

    Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Hasyir bin Sunoto, Pegawai Jabatan Perkhidmatan Persaraan (KWAP) dan Puan Sherly Alfred, Pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Ketua Cawangan Kota Kinabalu.

    Antara topik yang disampaikan sepanjang kursus ini ialah Pengenalan Kepada Persaraan, Skim Pencen Sektor Awam di Malaysia, Jenis-jenis Persaraan, Faedah Persaraan dan Faedah Perubatan, Pengurusan Dokumentasi Persaraan dan Faedah Terbitan, Pengurusan Wang Ganjaran serta Pencen dan Scammer Kewangan.

    Semoga perkongsian yang disampaikan sepanjang kursus berlangsung dapat manfaat serta membantu kakitangan yang bakal bersara untuk membuat persediaan awal.

    Sumber Info dan Foto: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK