Berita: Bengkel Projek Peningkatan Pembangunan Pangkalan Data GIS Dan Kajian Semula 15 Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu, Siri 5: Perumahan
Penganjuran Bengkel Projek Peningkatan Pembangunan Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Kajian Semula 15 Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu kini memasuki Siri 5: Perumahan, yang telah diadakan di Horizon Hotel, pada 19 Jun 2024 (Rabu).
Objektif utama pelaksanaannya adalah untuk mengumpul data-data teknikal dan nasihat daripada agensi Persekutuan, Negeri, Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), dan Non Governmental Organisations (NGO) yang berkaitan bagi memantapkan kajian semula Pelan Tempatan Kota Kinabalu.
Bengkel dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada En. Abdul Manaf Rajikan, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perancangan dan Pembangunan), sebelum diteruskan dengan sesi pembentangan daripada Agensi Teknikal mengenai Data dan Isu, yang membabitkan Jabatan Penguatkuasaan, DBKK. Turut diadakan dalam bengkel ini adalah perbincangan Kajian Semula Polisi dan Dasar Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu 2030 dan perbincangan mengenai ‘Setbacks Guidelines Requirement on Residential Development’.
Bengkel pada kali ini merupakan siri kelima daripada tujuh (7) siri bengkel yang akan diadakan pada tahun 2024, dan disertai oleh:
- Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah
- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)
- Jabatan Tanah dan Ukur
- Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah
- Malaysian Institute of Planners (Sabah Pro-Tem Committee)
- Malaysian Institution of Architect (PAM Sabah Chapter)
- The Institution of Engineer Malaysia (Cawangan Sabah)
- Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA)
- Royal Institution of Surveyors Malaysia (Cawangan Sabah)
- Malaysia Green Building Council Sabah (MGBC)
- Sabah Laws Association
- Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
Terdahulu, telah berlangsung bengkel Siri 1: Jalan dan Pengangkutan (21 Mei), Siri 2: Infrastruktur dan Utiliti (6 Jun), Siri 3: Kemudahan Awam dan Kawasan Lapang (12 Jun), dan Siri 4: Industri (13 Jun).



