Skip to main content

Berita: OPERASI BERSEPADU ‘COMPOUND ON THE SPOT’ DIPERLUAS KE KAMPUNG AIR, KOTA KINABALU

  • -

    25 FEBRUARI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terus mempergiat usaha pemantauan pematuhan Undang-undang Kecil (UUK) dalam kalangan pemilik premis perniagaan di bandar raya ini dengan memperluaskan Operasi Bersepadu ‘Compound On The Spot’ ke sekitar Kampung Air, pada 12 Februari 2026.

    Operasi bersepadu ini melibatkan usaha sama daripada 18 anggota daripada pelbagai jabatan-jabatan DBKK, iaitu Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya.

    Sebanyak 16 premis kedai telah diperiksa menerusi operasi ini. Susulan itu, sebanyak sembilan (9) kompaun di bawah UUK Bandaraya Kota Kinabalu (Anti Sampah Sarap) 1984, Pindaan 2005 dan tujuh (7) kompaun di bawah UUK Premis Makan dan Makanan 1966, Pindaan 2003 telah dikeluarkan, melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,870.

    Kerjasama di antara jabatan-jabatan DBKK akan terus dipergiat dari semasa ke semasa, seiring usaha untuk mempertingkatkan pematuhan undang-undang di bandar raya ini.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Penguatkuasaan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK