Skip to main content

Berita: DBKK Anjur Bengkel Pemurnian Piawaian Kebersihan Dan Keteraturan Sektor Operasi

  • 17 JULAI 2024: Bengkel Pemurnian Piawaian Kebersihan dan Keteraturan Sektor Operasi anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah diadakan pada 16 Julai 2024. Ia bertujuan untuk membincangkan prosedur manual Piawaian Kebersihan dan Keteraturan Sektor Operasi yang telah dilancarkan pada 18 Jun 2024 lalu.

    Bengkel yang diadakan selama satu (1) hari itu telah menyaksikan penyertaan 81 orang kakitangan DBKK dari pelbagai Jabatan di bawah Sektor Operasi yang diketuai oleh Encik Robert B. Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK.

    Sesi taklimat telah dimulakan dengan pembentangan daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) DBKK, bertajuk “Piawaian Pembersihan Awam” dan “Piawaian Pengutipan Sisa Pepejal”.

    Acara diteruskan dengan pembentangan bertajuk “Piawaian Pemotongan Rumput dan Kawalan Rumpai”, “Piawaian Kebersihan Pasar Bangunan”, “Piawaian Pengurusan Tandas” dan “Piawaian Penguatkuasaan”.

    Bengkel diteruskan dengan sesi Audit Piawaian Kebersihan dan Keteraturan Pusat Bandar Raya (CBD) serta pembentangan Hasil Audit dan Resolusi.

    Tahniah diucapkan kepada Sektor Operasi DBKK atas komitmen tinggi yang ditunjukkan dalam memastikan pelaksanaan fungsi dan perkhidmatan kepada masyarakat setempat sentiasa berada di tahap tertinggi.