Berita: DBKK, Sidma College Jayakan Program "Love Kk City Bike, Free Ride Tour - Lets Cycle And Keep Our City Clean"
27 JULAI 2024: Seramai 25 peserta berganding bahu menjayakan acara “Love KK City Bike, Free Ride Tour – Lets Cycle and Keep Our City Clean” anjuran bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan SIDMA College, hari ini.
Program ini bertujuan untuk mempromosikan kempen penjagaan alam sekitar, menerusi amalan gaya hidup sihat dengan berbasikal sambil memelihara kebersihan persekitaran. Program ini menyaksikan para peserta berbasikal ke lokasi-lokasi terpilih di sekitar pusat bandar dan mengutip sampah yang dijumpa.
Peserta mula berbasikal pada 3.30 petang di DBKK, menuju ke Lorong Sentosa, Segama Waterfront, Pillars of Sabah, Sabah Tourism Board sebelum kembali semula ke foyer DBKK.
Program ini merupakan penganjuran kali ketiga untuk tahun ini. Terdahulu, DBKK telah menganjurkan program seumpama dengan kerjasama Management Science University (MSU) dan University College Sabah Foundation (UCSF), pada 02 Mac dan 25 Mei lalu.
Semoga jalinan kerjasama DBKK bersama institusi pendidikan tinggi dalam menjaga kebersihan dan kelestarian bandar raya Kota Kinabalu akan diteruskan di masa akan datang!



