Skip to main content

Berita: DBKK TAMBAH ASET PEMBERSIHAN, KE ARAH PEMANTAPAN KUALITI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANDAR RAYA

  • 27 MAC 2025: Seiring usaha pemantapan kualiti perkhidmatan kebersihan sekitar bandar raya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengambil langkah untuk memperkukuh kekuatan aset pembersihan dengan penambahan Lori Kompaktor dan Lori Ro-Ro baharu.

    Penyerahan pembelian tiga (3) unit Lori Kompaktor dan satu (1) unit Lori Ro-Ro Jenama Nissan UD Truck telah diadakan di Depoh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP), di sini, pada 17 Mac 2025.

    Turut hadir ialah Encik Saiman Angak, Pengarah Jabatan Kejuruteraan; wakil daripada syarikat Harapan Menang, Encik Lawrence Wong, Pengarah Urusan dan Puan Amnah binti Mohd. Idris; wakil daripada syarikat A-Plus, Encik Hoh Jian Xian dan Encik Nor Asri Abdul Rashid, selaku Pembuat Rangka Kompaktor.

    Kesemua lori kompaktor ini boleh menampung sehingga lapan tan sisa buangan, pengendalian sistem hidraulik yang menggunakan sistem separa automatik, sistem pelinciran automatik dan tempat duduk pekerja yang berhawa dingin.

    Dalam pada itu, wakil daripada Syarikat A-Plus telah memberi tunjuk ajar berkaitan cara pengendalian sistem hidraulik kepada pemandu dan anggota pengendali daripada JPSP, DBKK. Selain itu, mereka turut berpeluang untuk membuat latihan pengendalian di lapangan, bagi memastikan ia dapat dikendalikan dengan menggunakan kaedah yang betul.

    Lori-lori kompaktor ini mengguna pakai reka bentuk terkini dan turut mendapat sambutan yang baik di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Kejuruteraan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK