Skip to main content

Berita: DBKK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PERKHIDMATAN KESIHATAN MESRA REMAJA, KLINIK KESIHATAN LUYANG

  • -

    30 APRIL 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima kunjungan hormat daripada Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (PKMR), Klinik Kesihatan Luyang, bertempat di Bilik Mesyuarat Mayor, Centre Point Sabah pada 27 April 2026.

    Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh YBrs. Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), DBKK bersama Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai kanan, DBKK.

    Sementara itu, rombongan PKMR, Klinik Kesihatan Luyang terdiri daripada Dr. Nadiah binti Kamsani, Pakar Perubatan Keluarga merangkap Ketua Klinik; Dr. Sarah Jane Chan Jia Chyi, Pakar Perubatan Keluarga dan Dr. Wan Nur’Atiqah Batrisyiah binti Wan Khairuddin, Pegawai Perubatan.

    Menerusi pertemuan ini, Dr. Sarah Jane telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja, Klinik Kesihatan Luyang yang menyasarkan kanak-kanak dan remaja berumur antara 10 hingga 19 tahun.

    Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk promosi dan pendidikan kesihatan, saringan serta penilaian risiko kesihatan, rawatan kesihatan remaja, di samping khidmat nasihat dan kaunseling.

    Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan ke arah jalinan kerjasama strategik di antara DBKK dan PKMR, Klinik Kesihatan Luyang, khususnya dalam memperkukuh inisiatif kesihatan dan kesejahteraan remaja di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK