Skip to main content

Berita: DBKK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT FAKULTI PERNIAGAAN, EKONOMI DAN PERAKAUNAN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

  • -

    23 JUN 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima kunjungan hormat daripada Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), bertempat di Bilik Mesyuarat, Bangunan DBKK pada 19 Jun 2026.

    Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan cadangan kerjasama strategik di samping mendapatkan pandangan serta sokongan pihak DBKK berkaitan pelaksanaan program inkubator FBEA InQ.

    Rombongan FPEP, UMS telah diketuai oleh YBhg. Profesor Madya Dr. Mohd Rahimie bin Abd Karim, Dekan FPEP. Hadir sama ialah Dr. Izaan Azyan bin Abdul Jamil, Ketua Unit Pembangunan dan Penyelidikan Keusahawanan, FPEP serta Dr. Faerozh bin Madli, Ketua Unit Jaringan dan Pembangunan Profesional, FPEP.

    Ketibaan rombongan FPEP, UMS telah disambut mesra oleh Encik Leong Tze Fui, Pengarah Jabatan Pelesenan, DBKK bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Pelesenan, DBKK.

    Antara cadangan yang dibincangkan menerusi pertemuan ini ialah membolehkan syarikat-syarikat di bawah program inkubator FBEA InQ mendaftarkan alamat perniagaan mereka menggunakan alamat rasmi inkubator UMS sepanjang tempoh penyertaan dalam program inkubasi tersebut.

    Semoga hubungan kerjasama antara DBKK dan UMS terus diperkukuh, seiring usaha menyokong pembangunan ekosistem keusahawanan yang mampan serta memberi manfaat kepada komuniti dan pembangunan ekonomi setempat.

    Sumber Info: Jabatan Pelesenan, DBKK
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK