Berita: DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU TERIMA LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS PERBANDARAN KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM
2 NOVEMBER 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berbesar hati menerima lawatan penandaarasan Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Johor Darul Takzim bertempat di Pejabat Jabatan Kejuruteraan, DBKK pada 30 Oktober 2026.
Rombongan MPK diketuai oleh Yang Dipertua Encik Mohd. Fahmy bin Yahya dan disertai oleh Tuan Haji Zainal Abidin bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, MPK serta pegawai-pegawai kanan, MPK.
Ketibaan rombongan disambut oleh Tuan Saiman Angak, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, DBKK bersama pegawai-pegawai kanan, DBKK.
Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari tadbir urus yang diamalkan di Jabatan Kejuruteraan, DBKK khususnya berkaitan pengurusan projek dan proses kerja teknikal.
Sepanjang sesi lawatan, kedua-dua pihak telah berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan aspek pengurusan kejuruteraan, antaranya penilaian prestasi kontraktor dan pendekatan menangani kontraktor yang bermasalah; pengurusan cerun dan sistem saliran; penyediaan infrastruktur mesra Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu serta inisiatif berkaitan pembangunan Bandar Pintar.
Lawatan penandaarasan ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama di antara DBKK dan MPK, di samping menjadi platform perkongsian ilmu serta amalan terbaik dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Terima kasih Majlis Perbandaran Kluang!
Sumber Info dan Foto: Jabatan Kejuruteraan, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



