Skip to main content

Berita: Jabatan Landskap DBKK Laksana Kerja-Kerja Penyelenggaraan Landskap Kejur Di Kawasan Lapang

  •  Anggota-anggota Jabatan Landskap DBKK hari ini telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan landskap kejur (taman permainan) di kawasan lapang taman perumahan.

    Kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan pembaikan semula, penggantian alat dan pengecatan semula struktur alat taman permainan di dua (2) lokasi taman permainan terpilih, iaitu di Taman Jasmine, Luyang dan di Taman Fabar, Damai.

    Taman permainan merupakan infrastruktur guna sama yang dibangunkan untuk aktiviti riadah, sukan dan senaman oleh penduduk setempat. Namun begitu, hasil pemeriksaan telah mendapati bahawa kegiatan vandalisma adalah salah satu faktor yang menjadi elemen penyebab kepada kerosakan peralatan.

    Dengan itu, DBKK menyeru kepada warga bandar raya agar bersama-sama menjaga aras kebersihan, keselamatan dan keteraturan taman permainan di Kota Kinabalu. Ia wajar dijaga dan digunakan bersama secara berhemah.

    Tindakan penyelenggaraan ini akan dibuat oleh Jabatan Landskap DBKK mengikut jadual pada setiap bulan, ke arah memastikan landskap kejur dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu berada dalam keadaan yang baik, selamat dan selesa untuk dimanfaatkan bersama.