Berita: KEJOHANAN TENPIN BOWLING PIALA MAYOR 2026
10 APRIL 2026: Kejohanan Tenpin Bowling Piala Mayor 2026 anjuran Kelab Boling Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu telah berlangsung dengan jayanya di KK Galaxy Bowl, Centre Point Sabah, pada 03 hingga 05 April 2026.
Kejohanan ini menghimpunkan sebanyak 54 pasukan dari seluruh Malaysia dan Brunei Darussalam, yang telah bersaing dalam dua (2) kategori utama, iaitu Kategori Berpasukan Terbuka Agensi Kerajaan/Swasta, Badan Berkanun dan Kategori Bakers Style.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bersama Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK. Berikut adalah senarai pemenang Kejohanan Tenpin Bowling Piala Mayor 2026:
KATEGORI A - BERPASUKAN TERBUKA AGENSI KERAJAAN/SWASTA, BADAN BERKANUN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Johan: DBKK B
Naib Johan: PDRM A
Ketiga: DBKK A
Ke-4: TANKUR A
Ke-5: JHEAINS
Ke-6: LHDN A (HASiL SABAH)
Ke-7: HASiL SANDAKAN
Ke-8: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)
Ke-9: MYSPACE (KEMENTERIAN PEMBANGUNAN BELIA, KEMAJUAN SUKAN DAN EKONOMI KREATIF SABAH)
Ke-10: SABAH ELECTRICITY A
Ke-11: RTM SABAH
Ke-12: SABAH ELECTRICITY B
Ke-13: LHDN B (HASiL SABAH)
Ke-14: DBKK C
Ke-15: PDRM BKATEGORI B - BAKERS STYLE
Johan: DBKK A
Naib Johan: SUKMA A
Ketiga: BORNEO 300
Ke-4: KAPS
Ke-5: LHDN (HASiL SABAH)
Ke-6: KKBDC
Ke-7: COOPS TANJUNG KERAMAT
Ke-8: MYSpaCESemoga kejohanan seumpama ini terus menjadi medium dalam memperkukuh hubungan strategik serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
Sumber Info: Kelab Boling DBKK
Foto: Renaldo Fernandez
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



