Skip to main content

Berita: Kunjungan Hormat SME Sabah, Ke Arah Pembangunan Komuniti Pengusaha Kecil Dan Sederhana

  • YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Sabah (SME Sabah), diketuai oleh Prof. Datuk Foo Ngee Kee, Pengasas Kehormat Sepanjang Hayat (Hon. Life Founding) SME Sabah. Menerusi pertemuan ini, pihak DBKK telah mengambil maklum pengenalan kepada Ahli Majlis Penggal Ke-3 Pengusaha Kecil dan Sederhana Sabah yang baru dilantik bagi tahun 2024-2027. Turut hadir adalah Encik Robert B. Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK dan Ketua-ketua Jabatan DBKK.