Berita: Lawatan Kerja MBMB Ke DBKK, Wadah Perkongsian Pengalaman Dan Pencapaian PBT
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berbesar hati menyambut kedatangan rombongan daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang tiba bagi lawatan kerja di DBKK, hari ini.
Hadir menyambut ketibaan rombongan ini adalah Puan Abby Mae Joe, Pengarah Jabatan Penilaian, DBKK mewakili Pengurusan Tinggi DBKK. Manakala rombongan yang terdiri daripada 21 pegawai kanan Jabatan Kewangan MBMB itu diketuai oleh En. Mohd. Ridzuan bin Osman, Penolong Pengarah Jabatan Kewangan, MBMB.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman DBKK dalam Sistem Perakaunan SAGA menerusi satu (1) taklimat yang telah disampaikan oleh Puan Joyvonnie Johnny Majamin dari Jabatan Kewangan dan Belanjawan (JKB) DBKK.
Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan DBKK; Puan Faridah Dullah, Akauntan mewakili Pengarah Jabatan Kewangan dan Belanjawan, Puan Dayangku Hassanah Irdawati Pg. A. Bagul, Pegawai Teknologi Maklumat mewakili Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Pendigitalan, DBKK; Puan Norsarahana Zaki mewakili Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK; serta pegawai-pegawai Jabatan Kewangan dan Belanjawan.
Terima kasih diucapkan kepada rombongan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang sudi datang berkunjung ke Kota Kinabalu, Bandaraya Peranginan Semulajadi.
Semoga lawatan ini akan mengeratkan lagi ikatan persahabatan antara MBMB dan DBKK.



