Berita: LAWATAN RASMI JABATAN PELESENAN, DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU KE JABATAN PELESENAN, MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
24 APRIL 2026: Dalam usaha memperkukuhkan hubungan kerjasama dan mempelajari sistem pengurusan berkaitan pelesenan yang cekap, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelesenan telah mengadakan lawatan rasmi ke Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), pada 23 April 2026.
Rombongan DBKK telah diketuai oleh YBrs. Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), bersama Encik LAr. Rozie Khan bin Halik, Pengarah serta pegawai-pegawai Jabatan Pelesenen, DBKK.
Ketibaan rombongan DBKK telah disambut mesra oleh Encik Hazrin bin Ahmad, Pengarah Jabatan Pelesenan, MBJB bersama pegawai-pegawai kanan, MBJB.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mempelajari sistem pengurusan Lesen Elektronik Digital (LED) Berbayar yang dilaksanakan oleh MBJB, yang mampu meningkatkan keberkesanan pengurusan lesen dan tadbir urus yang lebih cekap serta berintegriti.
Rombongan DBKK telah diberikan taklimat berhubung peranan dan fungsi Jabatan Pelesenan, MBJB oleh Puan Nur Afiqah binti Mohd. Rashid, Penolong Pengarah Pelesenan.
Lawatan ini memberi manfaat dan pengajaran penting kepada DBKK dalam mengurus tadbir lesen secara lebih bersepadu dan berinovasi. Pengalaman dan pengetahuan yang dikongsi oleh MBJB akan digunakan sebagai panduan dalam usaha untuk meningkatkan sistem pengurusan lesen di DBKK.
DBKK mengucapkan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru atas kesudian menerima kehadiran DBKK. Semoga kerjasama erat ini akan terus terjalin demi manfaat bersama dan pembangunan bandar raya yang lebih maju.
Sumber Info: Jabatan Pelesenan, DBKK
Foto: Jabatan Pelesenan, DBKK dan Jabatan Pelesenan, MBJB#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



