Berita: LAWATAN TINJAUAN AWAL PROGRAM EKSPEDISI SAINTIFIK EKO-PELANCONGAN KAMPUNG KOLOSUNAN, INANAM
6 OGOS 2026: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan Lawatan Tinjauan Awal Ekspedisi Saintifik Eko-Pelancongan Kampung Kolosunan, Inanam pada 3 Ogos 2026, sebagai persediaan awal pelaksanaan program di kawasan tersebut.
Program ini merupakan kesinambungan daripada ekspedisi saintifik yang telah berjaya dilaksanakan di Sungai Darau pada tahun lalu, bertujuan untuk memperkukuh komitmen pembangunan lestari eko-pelancongan Bandaraya Kota Kinabalu.
Lawatan tinjauan awal ini dilaksanakan bagi meninjau keadaan semasa kawasan kajian, mengenal pasti potensi biodiversiti, flora, fauna dan ekosistem, menyelaras skop penyelidikan mengikut kepakaran agensi yang terlibat serta mendapatkan persetujuan dan komitmen semua pihak bagi memastikan pelaksanaan ekspedisi berjalan lancar.
Turut menyertai lawatan tinjauan awal ini ialah Jabatan Perhutanan Sabah; Pusat Biodiversiti Sabah; Sabah Parks; Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah (UMS); Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN N.18 Inanam dan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, DBKK.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



