Skip to main content

Berita: LAWATAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH BERSAMA MANGSA BENCANA KEBAKARAN PENEMPATAN LOK BUTA, KAMPUNG NUMBAK SEPANGGAR

  • -

    11 SEPTEMBER 2026: Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah berkenan menyantuni mangsa bencana kebakaran penempatan Lok Buta, Kampung Numbak Sepanggar, di Dewan Serbaguna Damai, pada 9 September 2026.

    Lawatan dimulakan dengan satu taklimat ringkas bencana kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.

    Dalam lawatan ini, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah turut berkenan menyampaikan bantuan kepada lebih kurang 111 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana kebakaran yang berlaku.

    Hadir sama dalam lawatan ini ialah YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah; YB Datuk Rina Jainal, Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat dan YBhg. Datuk Hj. Ag. Shahminan Datuk Hj. Ag. Sahari, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan.

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK