Berita: MAJLIS KESYUKURAN HARI PAHLAWAN NEGERI SABAH 2026, MEMPERINGATI JASA, KEBERANIAN DAN PENGORBANAN WIRA TANAH AIR
3 OGOS 2026: Majlis Kesyukuran Hari Pahlawan Negeri Sabah 2026 telah berlangsung di Masjid Negeri Sabah pada 31 Julai 2026, sebagai simbolik memperingati jasa, keberanian dan pengorbanan para pahlawan yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
Keberangkatan tiba Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah telah disambut oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Hadir sama ialah YB Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif, JP, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah; YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah; YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah; YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin Bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu selaku Pengerusi Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2026; YBhg. Brig Jen Abdul Razak bin Harun, Panglima 5 Briged mewakili Panglima 5 Divisyen Kem Lok Kawi; YB SAC Datuk Mohd Azhar Hamin, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan Laksamana Pertama Mohd. Khairulanuar bin Abdul Majid @ Razali, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah yang disertai oleh semua hadirin. Selesai solat, majlis diteruskan dengan Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat serta tazkirah khas yang dipimpin oleh Sohibus Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsu @Aziz bin Haji Jaafar, Mufti Negeri Sabah.
Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Sabah berkenan menyampaikan sumbangan khas kepada 11 wakil persatuan veteran dan pesara pasukan keselamatan, sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat bakti mereka kepada negara.
Penerima sumbangan terdiri daripada Persatuan Veteran ATM Negeri Sabah (PVATM), Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM), Persatuan Veteran TLDM Cawangan Sabah (PVTCOMCS), Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah (PVKMS), Persatuan Veteran Rejimen Samboyan Diraja Cawangan Sabah (PVRSDS), Persatuan Veteran Paskal Wilayah Sabah (PV-PLKS), Persatuan Veteran JLJ Diraja Sabah (PVJLJD), Kelab Sukan Veteran Angkatan Tentera Sabah (KESVATS), Persatuan Veteran Kor Risik Malaysia Cawangan Sabah (PVKRMCS), Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Pesara Jabatan Bomba & Penyelamatan Negeri Sabah.
Semoga jasa, pengorbanan dan khidmat bakti para pahlawan terus dikenang, selain menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



