Skip to main content

Berita: Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Terima Kunjungan Hormat KPJ Sabah Specialist Hospital

  • Kunjungan hormat oleh KPJ Sabah Specialist Hospital kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah diadakan pada 20 Jun 2024 lalu, diketuai oleh Pengurus Besar KPJ Sabah Specialist Hospital, Encik Mohamad Faizal Mohamed bersama pegawai-pegawai kanan yang lain.

    Menerusi kunjungan hormat ini, pihak DBKK telah mengambil maklum berhubung perkhidmatan, aktiviti dan program-program kesihatan yang direncanakan oleh pihak KPJ Sabah Specialist Hospital.

    Kerjasama DBKK bersama KPJ Sabah Specialist Hospital akan terus dijalinkan terutama dalam melaksanakan program-program kesihatan yang mampu memberi manfaat kepada komuniti Kota Kinabalu.