Berita: MAYOR BANDARAYA KOTA KINABALU TINJAU TAHAP KEBERSIHAN, INFRASTRUKTUR DI SEKITAR BANDARAN BERJAYA
11 MEI 2026: Bagi meninjau tahap kebersihan, keselamatan dan keteraturan persekitaran, YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu meneruskan sesi pemeriksaannya dengan mengadakan tinjauan di sekitar Bandaran Berjaya, pada 08 Mei 2026.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan, antara perkara yang diberi tumpuan ialah aspek penyelenggaraan infrastruktur awam, kebersihan persekitaran serta keteraturan kawasan perniagaan.
Pihak yang berkaitan telah diminta untuk mengambil tindakan segera terhadap isu-isu berkenaan bagi memastikan kesejahteraan awam terus menjadi keutamaan.
Foto: Mohd. Asruddey Rusli
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



