Skip to main content

Berita: Operasi Bersepadu Pemeriksaan Perangkap Lemak Di Damai Plaza Phase IV, Damai Plaza Phase III & Damai Point

  • Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan Operasi Bersepadu Pemeriksaan Perangkap Lemak ke atas 31 buah premis makanan di Damai Plaza Phase IV, Damai Plaza Phase III dan Damai Point pada 25 – 26 Jun 2024.

    Sejumlah 39 unit perangkap lemak telah diperiksa oleh anggota yang terlibat daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya dan Jabatan Kejuruteraan, DBKK.

    Objektif utama operasi bersepadu ini adalah untuk memantau spesifikasi dan penyelenggaraan perangkap lemak yang dipasang di premis makanan bagi mengelakkan saluran pembetungan tersumbat.

    Dalam operasi ini, lima (5) kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (Makanan dan Premis Makanan) 1966 atas kesalahan gagal memasang perangkap lemak di singki dapur, gagal menyelenggara perangkap lemak dengan baik setiap masa dan gagal memasang perangkap lemak mengikut piawaian yang ditetapkan.

    Selain itu, satu (1) kompaun juga telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984 atas kesalahan mengalirkan sisa makanan terus ke parit awam.

    Pemeriksaan susulan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi peraturan sedia ada.