Berita: Penganjuran 8th Sabah International Surveyors’ Congress, DBKK Zahirkan Sokongan Kepada RISM Cawangan Sabah
Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) Cawangan Sabah baru-baru ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Mayor, diketuai oleh Sr. Robert Tseu, Pengerusi RISM Cawangan Sabah bersama pegawai-pegawai kanan yang lain. Melalui kunjungan hormat ini, DBKK telah mengambil maklum berhubung penganjuran 8th International Surveyors’ Congress yang akan diadakan pada 16 dan 17 Oktober depan serta pengenalan ringkas kepada ahli-ahli jawatankuasa baharu cawangan.
Bertemakan “AI and Land Governance”, kongres ini akan mendedahkan peranan AI yang signifikan dalam urus tadbir tanah yang dipercayai mampu memberi impak yang lebih efisien dan lestari. DBKK turut menzahirkan sokongan dalam menjalin kerjasama bersama RISM Cawangan Sabah menerusi perancangan kolaborasi yang mampu direalisasikan di masa akan datang.



