Berita: SejaTi MADANI: Permohonan Bantuan Dana Kepada Komuniti Di Seluruh Sabah
Pelaksanaan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan bertujuan untuk merancakkan aktiviti sosioekonomi sekali gus meningkatkan pendapatan komuniti setempat di seluruh negara, menerusi pemberian geran sehingga RM100,000 kepada komuniti yang layak.
Program yang dipohon hendaklah terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat dalam lima (5) sektor utama, iaitu Pertanian dan Makanan, Jahitan dan Kraftangan, Herba dan Kesihatan, Pelancongan dan Hospitaliti, serta Aktiviti Hijau dan Kitar Semula.
Permohonan SejaTi MADANI dibuka bermula 25 Mac 2024 hingga 30 September 2024 depan. Hanya satu (1) permohonan akan dipertimbangkan bagi setiap komuniti.
Komuniti di Sabah yang ingin mengemukakan permohonan boleh berbuat demikian dengan melayari pautan https://sejatimadani.icu.gov.my/home . Manakala, komuniti yang tidak mempunyai capaian internet boleh membuat permohonan secara manual di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), Pejabat Daerah, atau Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang berhampiran.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai SejaTi MADANI, anda boleh merujuk Soalan Lazim di pautan https://sejatimadani.icu.gov.my/soalan .



