Berita: TAKLIMAT PENGURUSAN BENCANA KEBAKARAN DI PPS DEWAN SERBAGUNA LIKAS
2 SEPTEMBER 2026: Dewan Serbaguna Likas dan Dewan Serbaguna Damai kekal aktif sebagai Pusat Pemindahan Sementera (PPS) yang menempatkan mangsa kebakaran di Penempatan Lok Buta, Lok Madas dan Lok Sabang, Sepanggar.
YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu telah menyampaikan satu taklimat ringkas berkaitan bencana ini kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah semasa lawatannya ke PPS Dewan Serbaguna Likas, pada 31 Ogos 2026.
Menerusi lawatan ini, YAB Ketua Menteri telah menyerahkan bantuan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas.
Hadir sama dalam lawatan ini ialah YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan YBhg. Datuk Hj. Ag. Shahminan Datuk Hj. Ag. Sahari, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan.
Terdahulu, dianggarkan sebanyak 202 buah rumah atas air telah musnah dalam kebakaran tersebut dan mengakibatkan ramai penduduk terjejas.
Sumber Info: Jabatan Pengurusan Luar Bandar, DBKK
Foto: Mohd. Asruddey Rusli
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



