Acara: JOM MERIAHKAN PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA ‘LEAVE NO ONE BEHIND: TOWARDS SUSTAINABLE MARKET’ SABTU INI!
Orang ramai dijemput untuk sama-sama hadir dan memeriahkan lagi Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ yang akan berlangsung di KK Sentral, bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang, pada 19 Julai 2025.
Program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat ini menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik, sesuai untuk penyertaan seisi keluarga.
Antaranya ialah Acara Berbasikal KK Love Bike: Free Ride Tour & KK Harmony Ride, Pertandingan Melukis & Mewarna, Pertandingan Reka Cipta (World Youth Skill Day) dan Pertandingan Teka Gambar. Selain itu, orang ramai yang hadir turut berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti santai seperti Fun Archery.
Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ merupakan hasil kerjasama bersama Kraftangan Malaysia, Sabah Tourism Board (STB), Balai Seni Lukis, DBKK Holdings Sdn. Bhd., MATTA dan Sabah Tourist Guide Association (STGA).
Penganjuran program ini dilihat sebagai sebahagian daripada inisiatif dalam meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk bandar menerusi pelbagai program pelancogan dan aktiviti komuniti.
Dalam masa yang sama, ia turut mempromosikan Pusat Kraftangan: KK Sentral Market yang menawarkan pelbagai jenis kraftangan tempatan yang menampilkan keunikan budaya dan kaum yang terdapat di Negeri Sabah.
Bah, mari sama-sama kita meriahkan Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ yang akan berlangsung seperti biasa, pada Sabtu ini.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



