Berita: DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SABAH ELECTRICITY
15 MEI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima kunjungan hormat daripada Sabah Electricity, bertempat di Bilik Mesyuarat, Bangunan DBKK, pada 06 Mei 2026.
Sesi tersebut dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK, bersama Ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai, DBKK.
Rombongan Sabah Electricity pula diketuai oleh Encik Asrin @ Rudiman bin Badri, General Manager Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE), bersama pegawai-pegawai kanan daripada HSE dan CERA Kota Kinabalu.
Menerusi pertemuan ini, perbincangan tertumpu kepada isu pengurusan dan kawalan anjing liar di kawasan berisiko tinggi, termasuk cadangan mekanisme aduan serta tindakan pantas yang boleh dilaksanakan secara lebih berkesan demi keselamatan pekerja yang bertugas di lapangan.
Selain itu, kunjungan ini turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi potensi kerjasama, khususnya melalui pelaksanaan program kesedaran komuniti berkaitan pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab.
Turut berlangsung ialah sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Arinah Atim, Pegawai Kesihatan Persekitaran daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK, yang menyentuh pelbagai aspek berkaitan pengurusan isu haiwan liar di kawasan bandar.
Pertemuan ini diharap akan memperkukuh jalinan kerjasama di antara DBKK dan Sabah Electricity, dalam usaha menambah baik perkhidmatan kepada masyarakat di bandar raya ini.
Terima kasih Sabah Electricity!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



