Berita: LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) DBKK KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP), JOHOR
12 OGOS 2026: Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Johor pada 6 Ogos 2026.
Rombongan tersebut diketuai oleh Encik Mohd Nadzrin bin Ngadimin, Timbalan Pengerusi MBJ DBKK bersama 11 orang ahli jawatankuasa MBJ DBKK.
Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari amalan terbaik MBJ MBIP dalam aspek pengurusan aduan dan kebajikan pekerja, memahami mekanisme penyelesaian isu selain memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua MBJ.
Pertukaran pengalaman dan idea yang berlangsung turut membuka ruang kepada perkongsian amalan terbaik sebagai penanda aras dalam memperkasakan pelaksanaan MBJ di DBKK.
Sepanjang lawatan, delegasi MBJ DBKK telah diberikan taklimat mengenai struktur pengurusan MBJ, mekanisme penyampaian aduan serta pelaksanaan mesyuarat yang dilaksanakan oleh MBJ MBIP dalam memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan warga kerja.
Lawatan penandaarasan ini diharap dapat mengukuhkan hubungan strategik di antara DBKK dan MBIP, ke arah memperkasakan peranan MBJ serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, efektif dan berintegriti.
Sumber Info dan Foto: Majlis Bersama Jabatan, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



