Skip to main content

Berita: SESI PERKONGSIAN PROGRAM PENDIDIKAN BOTANI DAN ALAM SEKITAR DI SMK ST. FRANCIS CONVENT

  • -

    8 SEPTEMBER 2026: Jabatan Botani, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan kunjungan ke SMK St. Francis Convent bagi memperkenalkan Program Pendidikan Botani dan Alam Sekitar kepada pihak sekolah, pada 12 Ogos 2026.

    Program ini dirangka untuk memberi pengalaman pembelajaran secara langsung, meningkatkan pengetahuan mengenai dunia tumbuhan serta memupuk kesedaran dan kecintaan terhadap alam sekitar.

    Antara pakej yang diperkenalkan ialah:

    Botanicus (4–12 tahun)
    Floraventure (13–17 tahun)
    EduTrek Adventure (18 tahun ke atas)

    Program ini diharap akan menjadi platform pendidikan yang menarik dalam melahirkan generasi yang lebih menghargai biodiversiti dan kelestarian alam sekitar.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Botani, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK