Skip to main content

Berita: DBKK TERIMA LAWATAN KERJA AHLI-AHLI PIHAK PEKERJA MAJLIS BERSAMA JABATAN, MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN

  • 14 FEBRUARI 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima lawatan kerja daripada Ahli-ahli Pihak Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) diketuai oleh Encik Farizal Setoh, Timbalan Presiden II, Majlis Perbandaran Sandakan, pada 13 Februari 2025.

    Ketibaan rombongan disambut mesra oleh Encik Ag. Azmee bin Ag. Kati, Pengerusi MBJ DBKK.

    Tujuan lawatan kerja yang terdiri daripada 17 Ahli-ahli MBJ MPS ini adalah untuk menjalinkan hubungan silaturahim dalam kalangan Ahli-ahli MBJ kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), di samping menjadi platform perkongsian ilmu bagi mendalami kaedah dan tatacara yang diguna pakai dalam pengurusan Mesyuarat MBJ.

    Antara pengisian lawatan ini adalah sesi taklimat Pengurusan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang disampaikan oleh Encik Ag. Azmee, sebelum diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu dan sesi soal jawab.

    Semoga lawatan ini menjadi simbolik pengukuhan silaturahim di antara DBKK dan MPS.

    Terima kasih Majlis Perbandaran Sandakan.

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Bryan Peter

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK