Berita: LITTER FREE MOUNT KINABALU CLIMBING EXPEDITION, MISI MENAWAN PUNCAK KINABALU
14 FEBRUARI 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan memulakan misi untuk menawan puncak Gunung Kinabalu menerusi program Litter Free Mount Kinabalu Climbing Expedition, yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Februari 2025.
Program anjuran Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP), DBKK ini diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu. Misi utama ekspedisi ini adalah untuk mengibarkan bendera DBKK di puncak gunung tertinggi di Malaysia.
Majlis Pelepasan Peserta 'Litter Free Mount Kinabalu Climbing Expedition' telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Hadir sama menyatakan sokongan terhadap ekspedisi ini adalah Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK.
Sebagai simbolik, Dato’ Sri Mayor telah menyerahkan bendera DBKK kepada ketua rombongan, Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Pendakian yang akan berlangsung selama dua (2) hari ini akan melibatkan seramai 37 ahli rombongan yang terdiri daripada anggota JPSP.
Objektif utama ekspedisi ini adalah untuk mempromosikan insitiaf-inisiatif kebersihan di bawah seliaan JPSP, menerusi siaran langsung di platform media sosial sepanjang pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.
Ekspedisi ini diharap akan menyemarakkan lagi semangat berpasukan anggota JPSP, agar kekal komited dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan cemerlang.
Warga Bandaraya Kota Kinabalu, ayuh zahirkan sokongan dan kata-kata semangat anda dengan mengikuti siaran langsung program Litter Free Mount Kinabalu Climbing Expedition yang akan dibawakan khas menerusi Facebook dan TikTok "KK Bersih dan Hijau"!
Selamat maju jaya kepada rombongan DBKK!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



