Skip to main content

Berita: 3 HARI MENJELANG SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN HARI SABAH 2025, SEMANGAT PATRIOTIK TERUS DISEMARAKKAN DI JALAN TUN FUAD STEPHENS

  • -

    28 OGOS 2025: Laungan semangat dan sorakan padu pasukan sorak Tangga Merdeka telah menyemarakkan kemeriahan di Jalan Tun Fuad Stephens bersempena dengan raptai kedua Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025, yang diadakan hari ini.

    Berbekalkan semangat patriotik dan bersatu hati yang tinggi, suara pasukan sorak Tangga Merdeka yang diselaraskan oleh Majlis Belia Sabah (MBS) bakal menggegarkan Bandaraya Kota Kinabalu dalam meraikan semangat kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

    Raptai dihadiri oleh kontinjen perbarisan yang terdiri daripada jabatan kerajaan, pasukan beruniform, badan berkanun, swasta, persatuan etnik Sabah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar universiti, pelajar sekolah serta aset-aset kenderaan.

    Komitmen dan disiplin yang ditunjukkan oleh peserta perbarisan dalam menjayakan latihan dan sesi raptai menjadi cerminan kepada semangat cinta kepada negara yang tinggi.

    Jumpa lagi di Raptai Penuh Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 yang akan diadakan esok, 29 Ogos 2025!

    Foto: Renaldo Fernandez

    #HKHM2025
    #MalaysiaMADANI
    #RakyatDisantuni
    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK