Skip to main content

Berita: TAHNIAH! DBKK UNGGULI KEJOHANAN PESTA SUKAN MUHIBAH JKM KALI KE-14 TAHUN 2025

  • -

    28 SEPTEMBER 2025: Dedikasi dan semangat juang yang tinggi akhirnya membuahkan hasil apabila Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan Pesta Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri Kali Ke-14 Tahun 2025, pada 26 September 2025.

    Majlis penutupan kejohanan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang hadir mewakili Ketua Menteri Sabah.

    YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan DBKK atas kejayaan ini. Katanya, kejayaan DBKK menjuarai kejohanan ini buat kali kedua berturut-turut adalah suatu pencapaian yang sangat memberangsangkan. Ia juga adalah manifestasi budaya kerja anggota DBKK yang konsisten dan sentiasa berusaha meningkatkan standard perkhidmatan, sesuai dengan kehendak semasa.

    Pasukan DBKK telah mengungguli carta kejohanan dengan kutipan keseluruhan sebanyak 12 pingat, iaitu sembilan (9) pingat emas, satu (1) pingat perak dan dua (2) pingat gangsa.

    Naib Johan telah dimenangi oleh Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) dengan kutipan keseluruhan lapan (Image removed. pingat, diikuti oleh Jabatan Ketua Menteri (Perdana) di tempat ketiga dengan kutipan enam (6) pingat.

    Sementara itu, tempat Ke-4 hingga Ke-7 telah dimenangi oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Kumpulan Sawit Kinabalu.

    Kejohanan yang berlangsung pada 20 hingga 27 September ini menyaksikan pasukan berentap dalam 15 acara sukan seperti Tarik Tali, Catur, Karom, Tenpin Boling, Futsal, Bola Jaring, Golf, Ping Pong, Bola Sepak, e-Sport, Dart, Sepak Takraw, Bola Tampar, Badminton dan Petanque.

    "Strong Then, Unstoppable Now"

    Syabas kepada pasukan DBKK!

    Sumber Info: Jawatankuasa Kejohanan Pesta Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri
    Foto: Mohd. Asruddey Rusli

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK