Berita: DBKK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) CAWANGAN SABAH
28 JANUARI 2026: Seiring usaha berterusan untuk memartabatkan sastera di bandar raya ini, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, bertempat di Bilik Mesyuarat Mayor, Centre Point Sabah, pada 27 Januari 2026.
Kunjungan ini telah dipengerusikan oleh Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) bersama ketua jabatan dan pegawai, DBKK.
Sementara itu, rombongan DBP Cawangan Sabah telah diketuai oleh Puan Jennitah binti Noordin, Pengarah. Beliau turut disertai oleh Encik Zaidi Ismail, Timbalan Pengarah II; Puan Noor Ainna Abd. Hamid, Penolong Pengarah serta pegawai-pegawai kanan, DBP Cawangan Sabah.
Agenda utama pertemuan ini adalah untuk membincangkan sinergi dan bentuk kerjasama bagi penganjuran Malam Gema Sastera (MAGESAS), yang merupakan antara pengisian menarik bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu.
Penganjuran acara ini selaras dengan usaha berterusan untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai Kota Sastera yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada sinergi yang lebih erat dalam memperkasa pembangunan sastera dan budaya di Bandaraya Kota Kinabalu.
Sumber Info dan Foto: Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



