Skip to main content

Berita: PEMBERSIHAN SEMAK SAMUN DAN PEMBERSIHAN SISA SERPIHAN HARAM

  • -

    30 JANUARI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Landskap telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan semak samun dan longgokan sisa serpihan yang dibuang oleh segelintir individu tidak bertanggungjawab, di sekitar Taman Jasmin dan Taman Century.

    Kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan termasuklah menggali timbunan tanah dan longgokan sisa serpihan menggunakan jentera jengkaut serta membersihkan tumbuhan liar yang tumbuh di ruang kawasan taman permainan. Selain itu, pokok pisang yang tidak dijaga dan terbiar turut dibersihkan sepenuhnya bagi mengelakkan daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk.

    Orang awam diingatkan supaya tidak membuang sisa sampah di merata-rata tempat atau berdepan dengan kompaun sehingga RM500 di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Bandaraya Kota Kinabalu (Anti Sampah Sarap) (Pindaan 2005).

    Bagi mengatasi masalah pembuangan sisa pukal di taman perumahan di sekitar kawasan Kota Kinabalu, penduduk boleh memohon perkhidmatan pengutipan melalui iBersih, yang terdapat dalam aplikasi Sabah Smart Parking.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK