Skip to main content

Berita: PENYELENGGARAAN POKOK-POKOK AMENITI DI SEKITAR BANDAR RAYA

  • -

    03 MAC 2026: Bagi memastikan kebersihan dan keindahan persekitaran awam sentiasa terpelihara, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Landskap sedang giat melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pokok hiasan di sekitar bandar raya, termasuk jalan-jalan utama dan kawasan perumahan.

    Usaha ini meliputi kerja-kerja pemangkasan, pembersihan serta pemeriksaan keadaan pokok bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pokok terjaga.

    Bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas di pusat bandar atau kawasan tumpuan awam, kerja-kerja penyelenggaraan akan dijalankan mengikut jadual, pada waktu yang bersesuaian.

    Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati serta mematuhi papan tanda keselamatan yang dipasang di sekitar kawasan kerja penyelenggaraan demi keselamatan bersama.

    DBKK akan terus komited dalam mempertingkat kualiti persekitaran bandar raya demi kesejahteraan dan keselesaan warga Bandaraya Kota Kinabalu.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK