Acara: PROGRAM CITRA BUDAYA KOTA KINABALU 2026 “KK CULTURE ON STAGE 2026”

Orang ramai dijemput untuk hadir dan memeriahkan lagi Program Citra Budaya Kota Kinabalu 2026 “KK Culture On Stage 2026” yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:
Tarikh: 4 Julai 2026, Sabtu
Masa: 7.00 malam
Tempat: Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu
Bertemakan "Warisan Budaya: Citra Kasih Komuniti", program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) ini diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Para pengunjung berpeluang untuk menikmati pelbagai pengisian menarik yang menampilkan keunikan seni dan budaya tempatan. Antaranya ialah persembahan tarian kebudayaan, muzik tradisi, persembahan nyanyian lagu-lagu etnik, pameran dan jualan hasil kraftangan tempatan serta Bengkel Citra Kasih.
Imbas kod QR yang tertera atau layari pautan Atur Cara Program bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program ini.
Program Citra Budaya Kota Kinabalu 2026: “KK Culture On Stage 2026” akan berlangsung secara bulanan dari Julai hingga Disember 2026, di lokasi yang sama dengan menampilkan tema serta pengisian budaya yang berbeza setiap bulan.
Untuk maklumat lanjut, urus setia Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK boleh dihubungi melalui talian berikut:
- 013-6033004 (Shirley)
- 014-6526979 (Nizam)
Ayuh, sama-sama kita meriahkan lagi Program Citra Budaya Kota Kinabalu 2026 “KK Culture On Stage 2026”!
"Pentaskan Budaya Warisan Kita: Where Cultures Come Alive"



