Skip to main content

Acara: SERTAI KEMERIAHAN PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA ‘LEAVE NO ONE BEHIND: TOWARDS SUSTAINABLE MARKET’ SABTU INI!

08:00am-05:00pm

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kemeriahan Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ Siri 7/2025 anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat yang akan diadakan di KK Sentral, pada 13 September 2025.

Orang ramai dialu-alukan untuk hadir dan memeriahkan lagi suasana sepanjang program yang akan berlangsung mulai 8 pagi hingga 5 petang, dengan pelbagai aktiviti-aktiviti santai serta pertandingan menarik khusus untuk penyertaan seisi keluarga. Antara yang paling dinantikan ialah:

  • Pertandingan Mewarna dan Melukis :
    Kategori Sekolah Rendah (berumur 7-12 tahun ke bawah)
    Kategori Sekolah Menengah (berumur 13-17 tahun ke bawah)

  • Pertandingan Koir :
    Kategori Berkumpulan (17 tahun ke bawah)

  • Pertandingan Sahibba :
    Kategori Terbuka

  • Pertandingan Bermain Congkak (berumur 21-45 tahun)

Pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan Tarian Magunatip yang dibawakan khas oleh Kumpulan Penari Kinabalu, di samping mengambil bahagian dalam Sesi Bersama Pempamer dan Demo Seni Jahitan, demo silat serta sesi taklimat yang informatif.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk bandar menerusi penganjuran pelbagai program pelancongan yang melibatkan komuniti setempat.

Dalam masa yang sama, program ini turut mempromosikan Pusat Kraftangan: KK Sentral Market yang terletak di KK Sentral dan menawarkan pelbagai jenis kraftangan tempatan yang menampilkan keunikan budaya dan kaum yang terdapat di Negeri Sabah.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, urus setia program boleh dihubungi di talian 013-9966834 atau 012-3484761 (Puan Shirley).

Bah, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ yang akan berlangsung Sabtu ini. Imbas Kod QR yang tertera untuk mendapatkan lokasi acara.

Jumpa anda di sana!

Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK

#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari

Disediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK