Acara: SERTAI PROGRAM “JOM KENALI GALERI DOUBLE SIX” BERSEMPENA DENGAN HARI MALAYSIA
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa akan menganjurkan program “Jom Kenali Galeri Double Six”, di Galeri Double Six, Sembulan pada 20 September 2025.
Imbas Kod QR yang tertera atau layari pautan https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdPflBFl316Qo.../viewform untuk membuat pendaftaran sebelum tarikh tutup pada 18 September 2025 (Khamis). Penyertaan adalah terhad kepada 30 peserta terawal sahaja.
Jom daftar hari ini, pelbagai pengisian menarik yang bersifat informatif dan interaktif menanti anda!
Sumber Info dan Foto: Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Disediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



