VISI
Menjadi peneraju pusat latihan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah yang cemerlang dalam menyediakan khidmat latihan dan rujukan dalam perkhidmatan perbadanan
MISI
Beriltizam merancang, mengurus dan melaksanakan program latihan berkualiti, bersistematik dan responsif berteraskan amalan terbaik bagi melahirkan warga kerja yang kompeten dan berintegriti dalam perkhidmatan yang cemerlang
OBJEKTIF
- Mewujudkan jentera pengurusan DBKK yang mantap dalam menangani era transformasi bandaraya dan pemantapan organisasi
- Membentuk anggota DBKK yang berpengetahuan, berkemahiran dan berwawasan ke arah peningkatan peoduktiviti kualiti perkhidmatan
- Membekalkan tenaga kerja yang terlatih
FUNGSI
Merancang, Melaksana dan Menilai Anggota Terlatih dan Program Pembangunan
PIAGAM
Latihan Kakitangan - Memberi peluang latihan kepada anggota DBKK untuk hadir kursus sekurang-kurangnya tiga (3) hari setahun tertakluk kepada bajet latihan dan sekiranya anggota tersebut diperlukan untuk hadir kursus
DASAR LATIHAN
- Berteraskan kompetensi dan pembelajaran berterusan
- Tempoh latihan sekurang-kurangnya tiga (3) hari setahun bagi setiap kakitangan
PEKELILING PERKHIDMATAN DBKK BILANGAN 1 TAHUN 2010
- Kakitangan perlu dilengkapkan dengan (ASK) Sikap (Attitude), Kemahiran (Skills), dan Pengetahuan (Knowledge) yang bersesuaian
- Peruntukan sekurang-kurangnya 1% daripada emolumen
STRUKTUR LATIHAN
- Peringkat Asas: Latihan dalam tempoh 3 tahun perkhidmatan (Tempoh Percubaan)
- Peringkat Lanjutan: Pengukuhan kompetensi bagi yang telah berkhidmat lebih 10 tahun
- Peringkat Pra-Penempatan: Kakitangan yang baru dilantik dan berbentuk orientasi
- Peringkat Pertengahan: Pembangunan kompetensi bagi yang telah berkhidmat 3 hingga 10 tahun
- Peringkat Peralihan: Latihan bagi yang akan meninggalkan perkhidmatan dalam tempoh 2 tahun



