Berita: DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT HEAD OF CONSULAR OFFICE OF JAPAN FOR SABAH, SARAWAK AND FEDERAL TERRITORY LABUAN IN KOTA KINABALU
YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah menerima kunjungan hormat daripada Head of Consular Office of Japan For Sabah, Sarawak and Federal Territory Labuan in Kota Kinabalu. Rombongan ini diketuai oleh Mr. Nakasuji Hisaki, Head of Consular Office of Japan For Sabah, Sarawak and Federal Territory Labuan in Kota Kinabalu bersama Mr. Sugaya Kyohei, Vice-Consul.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah; Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi); Encik Karim bin Haji Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan) serta Ketua-ketua Jabatan.
YBhg. Dato’ Sri Mayor telah menzahirkan ucapan tahniah kepada Mr. Nakasuji Hisaki di atas lantikan sebagai Head of Consular Office of Japan For Sabah, Sarawak and Federal Territory Labuan in Kota Kinabalu yang baharu.
Sesi pertemuan ini menyaksikan pertukaran pandangan dan perkongsian berkaitan inisiatif DBKK ke arah merealisasikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai bandar pintar. Antara intipati perbincangan yang berlangsung adalah berkaitan sistem pengangkutan darat dan udara, pelancongan, keselamatan, pengurusan sisa pepejal serta pengukuhan usaha dalam mempertingkatkan sektor ekonomi tempatan.
Dalam pada itu, Mr. Nakasuji turut mengalu-alukan rombongan DBKK untuk mengadakan lawatan ke negaranya dan meninjau sendiri penggunaan teknologi insinerator serta industri tuna tempatan di negara berkenaan.
Sumber Info: Pejabat Mayor, DBKK
Foto: Mohd. Asruddey Rusli
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



