Skip to main content

Berita: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH INOVASI MAYOR 2025 SEMPENA HARI INOVASI DBKK

  • -

    08 APRIL 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penyelidikan dan Inovasi telah menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Mayor 2025 Sempena Hari Inovasi DBKK, bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), pada 06 April 2026.

    Majlis ini merupakan acara kemuncak dalam meraikan hasil usaha gigih, idea kreatif dan inovasi para peserta yang telah mengambil bahagian dalam Anugerah Inovasi Mayor 2025 yang berlangsung pada 16 Oktober hingga 17 November 2025.

    Hadir merasmikan majlis adalah YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK; barisan Pengurusan Tinggi DBKK dan Pengarah Eksekutif DBKK Holdings Sdn. Bhd.

    Sebagai pengisian majlis, turut berlangsung Wacana Inovasi “Memandu Masa Hadapan: Inovasi Digital & AI Dalam Pembentukan Bandar Pintar” yang disampaikan oleh Puan Norti Hj. Sirin, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Akademik, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

    Tujuan utama penganjuran pertandingan ini ialah untuk menyediakan platform terbuka untuk perkongsian idea inovatif, meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan DBKK serta mewujudkan budaya inovasi berterusan.

    Buat julung kalinya, penyertaan Anugerah Inovasi Mayor 2025 telah dibuka untuk penyertaan pelajar sekolah menengah, memberi peluang kepada mereka untuk menonjolkan hasil reka cipta inovatif yang memberi manfaat kepada komuniti.

    Secara keseluruhannya, sebanyak 39 kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang terdiri daripada dua (2) kategori utama, iaitu Kategori Reka Cipta dan Kategori Sosial dan Penyampaian Perkhidmatan.

    Barisan juri pertandingan ini terdiri daripada Encik Josliw Matjumping, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, INTAN; Puan Asmah Khalid, Pengarah Kawasan Sabah, Perbadanan Harta Intelei Malaysia, Encik Edward Binty, Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Puan Aidalina binti Mahili, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, INTAN.

    Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Inovasi Mayor 2025 Sempena Hari Inovasi DBKK:

    Image removed. KATEGORI REKA CIPTA (IPTA/IPTS/SEKOLAH MENENGAH)

    Johan : Kumpulan I-WASS (Politeknik Kota Kinabalu)
    Naib Johan: Kumpulan Fibre Bites Cookies (Politeknik Sandakan)
    Ketiga : Kumpulan Flytech (SMK Tamparuli)
    Ke-4 : Kumpulan SQOOREBY (Politeknik Kota Kinabalu)
    Ke-5: Kumpulan Antitermite Squad (Politeknik Kota Kinabalu)
    Ke-6 : Kumpulan Nature Solution (Fakulti Perhutanan Tropika, UMS)
    Ke-7 : Kumpulan Don't Emo (Sabah Tshung Tsin Secondary School)
    Ke-8 : Kumpulan Guardian Visions, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu)

    Image removed. KATEGORI SOSIAL DAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

    Johan : Kumpulan Tourism Arts Crew (Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK)
    Naib Johan : Kumpulan Licensing Moving Forward (Jabatan Pelesenan, DBKK)
    Ketiga : Kumpulan Cistern (Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK)
    Ke-4 : Kumpulan Futuristik (Jabatan Kewangan dan Belanjawan, DBKK)
    Ke-5 : Kumpulan Geopath (Jabatan Penilaian, DBKK)
    Ke-6 : Kumpulan Pathcraft (Jabatan Penilaian, DBKK)
    Ke-7 : Kumpulan Paysquad (Jabatan Kewangan dan Belanjawan, DBKK)
    Ke-8 : Kumpulan I-Click (Jabatan Kawalan Bangunan, DBKK)

    Penganjuran Anugerah Inovasi Mayor 2025 mencerminkan komitmen berterusan DBKK dalam memperkasa budaya inovasi dan kecemerlangan perkhidmatan. Tahniah kepada semua peserta!

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick

    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK