Berita: PEMERIKSAAN KEBERSIHAN DAN KETERATURAN DI TERMINAL BAS BANDARAYA (UTARA), INANAM
12 MEI 2026: YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah mengadakan pemeriksaan tahap kebersihan dan keteraturan di sekitar Terminal Bas Bandaraya (Utara), Inanam pada 11 Mei 2026.
Turut serta dalam pemeriksaan ini ialah Tuan Jimon Jahim, Pengarah Eksekutif serta pegawai-pegawai, DBKK Holdings Sdn. Bhd. (DBKKH).
Lawatan ini bertujuan untuk memantau tahap kebersihan dan keteraturan di sekitar terminal agar berada pada tahap yang baik, demi keselesaan pengguna awam.
Menerusi pemeriksaan ini, tumpuan diberikan terhadap isu melibatkan penyalahgunaan kawasan pejalan kaki sehingga mengganggu laluan awam. Dato’ Sri Mayor menekankan agar tindakan penyelesaian diambil segera oleh pihak yang berkaitan.
DBKK akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keteraturan di kawasan awam sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, teratur dan selamat untuk digunakan.
Foto : Mohd. Asruddey Rusli
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



