Berita: KEJOHANAN BADMINTON PIALA MAYOR KALI KE-5 TAHUN 2026, PERKUKUH SEMANGAT KESUKANAN PENJAWAT AWAM
26 MEI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menganjurkan Kejohanan Badminton Piala Mayor Kali Ke-5 Tahun 2026 bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Kota Kinabalu Ke-26, di Dewan Serbaguna Damai dan Dewan Serbaguna Luyang, pada 21 hingga 23 Mei 2026.
Penganjuran kejohanan ini bukan hanya sebagai platform pertandingan sukan yang sihat, namun turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam.
Kejohanan ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBSS), Sabah Badminton Association (SBA) dan Hurricane Sports Enterprise, bertujuan untuk menyemarakkan sambutan UTB Ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu melalui penganjuran aktiviti sukan berimpak tinggi, di samping menggalakkan penyertaan daripada pelbagai agensi-agensi kerajaan.
Berbeza dengan penganjuran empat (4) kejohanan terdahulu, Kejohanan Badminton Piala Mayor Kali Ke 5, Tahun 2026 pada kali ini dipertandingkan dalam format berpasukan serta melibatkan penyertaan daripada agensi-agensi kerajaan. Sebelum ini, kejohanan dianjurkan dalam bentuk pertandingan secara individu.
Majlis penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK selaku Pengerusi Penganjur Kejohanan Badminton Piala Mayor Kali Ke-5 Tahun 2026 mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.
Hadir sama ialah Encik Joseph Ivor Bachee, Ketua Penolong Setiausaha (Sukan) mewakili Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah; Tuan Sumitah Hassan, Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Badminton Sabah (SBA) dan Mr. Liew Yen Cheng, Manager Hurricane Sport Enterprise.
Sebanyak sembilan (9) pasukan telah berentap dalam kategori-kategori yang dipertandingkan, iaitu Bergu Lelaki Terbuka, Bergu Wanita Terbuka, Bergu Pegawai Lelaki Terbuka, Perseorangan Lelaki Terbuka, Bergu Lelaki Veteran, Bergu Wanita Veteran dan Bergu Campuran.
Berikut adalah senarai penuh pemenang kejohanan:
Johan:
EDU SABAH (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah)Naib Johan:
Jabatan Kesihatan Negeri SabahTiga Bersama:
DBKK Shuttlers (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu)
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah BPemenang bagi Johan, Naib Johan dan Ketiga Bersama masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000, RM6,000 dan RM3,000 berserta piala dan pingat.
Tahniah kepada semua peserta!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



