Berita: PROGRAM PENDIDIKAN BOTANI DAN ALAM SEKITAR - PAKEJ EDUTREK ADVENTURE
14 JULAI 2026: Jabatan Botani, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berbesar hati menerima kunjungan daripada SMK Sanzac (PUSTEM) bagi menyertai Program Pendidikan Botani dan Alam Sekitar, melalui Pakej EduTrek Adventure, pada 9 Julai 2026.
Rombongan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru pengiring ini telah mengambil bahagian dalam Pakej EduTrek Adventure yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan biodiversiti serta peranan tumbuhan dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Sepanjang program, para peserta telah mengikuti sesi perkongsian dan meneroka denai botani, mengenali spesies-spesies tumbuhan di taman botani serta menyertai aktiviti penanaman pokok yang dikenali sebagi Squad Rimba.
Pendekatan pembelajaran secara pengalaman (experiential learning) ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari ilmu botani dan alam sekitar secara lebih dekat, di samping memupuk sikap menghargai serta memelihara khazanah alam semula jadi.
Penganjuran program ini diharap dapat terus melahirkan generasi yang lebih peka terhadap kepentingan pemuliharaan biodiversiti dan kelestarian alam sekitar.
Sekiranya terdapat agensi kerajaan, swasta, organisasi, institusi pengajian tinggi dan sekolah yang berminat untuk mengikuti Pakej Pendidikan Botani & Alam Sekitar yang ditawarkan, sila hubungi Encik Jickron Jolidi (012-8366750) untuk pertanyaan lanjut.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Botani, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
#PendidikanBotanidanAlamSekitarDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



