Berita: DBKK METERAI LoI BERSAMA UKM, PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK DALAM BIDANG BOTANI DAN BIODIVERSITI
13 OGOS 2026: Sebagai langkah memperkukuh kerjasama dalam bidang botani dan pemuliharaan biodiversiti, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Botani telah memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada 7 Ogos 2026.
Kerjasama strategik ini membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, pengetahuan, sumber dan pengalaman dalam bidang botani, biodiversiti, konservasi tumbuhan, pendidikan botani dan alam sekitar.
Antara fokus utama kerjasama ini ialah pelaksanaan latihan dan pembangunan kemahiran, pembangunan Pendidikan Botani dan Alam Sekitar, program penanda aras dan ekspedisi saintifik dan pembangunan profesional kakitangan melalui kursus serta perkongsian kepakaran.
Pemeteraian LoI ini menjadi titik mula kepada hubungan kerjasama yang lebih erat di antara pihak berkuasa tempatan dan institusi akademik serta menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti, pendidikan alam sekitar dan pembangunan Bandar Hijau.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Botani, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



