Skip to main content

Berita: BICARA TOKOH YBHG. TAN SRI BORHAN BIN DOLAH BERSAMA PENGURUSAN DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

  • 07 MEI 2025: Program Bicara Tokoh YBhg. Tan Sri Borhan bin Dolah Bersama Pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang berlangsung pada 03 hingga 04 Mei 2025, bertempat di Hotel Perkasa Mt. Kinabalu, Kundasang telah membawa siri inspirasi dan perbincangan mendalam bersama tokoh terkemuka dalam bidang Perkhidmatan Awam Malaysia.

    Penganjuran program yang berlangsung selama dua (2) hari ini bertujuan sebagai platform perkongsian pengalaman dan percambahan idea, selain merancang dan pemantapan Sumber Manusia DBKK.

    Kehadiran YBhg. Tan Sri Borhan bin Dolah telah memberikan nilai tambah yang signifikan kepada para peserta yang terdiri daripada Pengurusan Tinggi dan Ketua-ketua Jabatan, DBKK dalam menggali dan memahami pengalaman luas beliau dalam melaksanakan inisiatif kecemerlangan perkhidmatan awam. Selain turut berkongsi pengetahuan dan strategi yang boleh diterapkan dalam mempertingkatkan kualiti perjawatan demi mencapai matlamat kecemerlangan yang lebih tinggi.

    Program ini membuka ruang perbincangan berkaitan isu-isu perjawatan, dengan harapan untuk mencungkil idea-idea inovatif untuk dijadikan sebagai asas dalam memperbaiki dan memperkemas struktur perjawatan DBKK.

    Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya (APPB), DBKK selaku penganjur program berharap agar para peserta mendapat peluang untuk menyerap ilmu dan perspektif baharu daripada YBhg. Tan Sri Borhan bin Dolah.

    Sumber Info: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK

    Foto: Renaldo Fernandez & Mohd. Asruddey Rusli

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK