Berita: SEKTOR OPERASI DBKK JUARAI KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN TERTUTUP DBKK (ANTARA SEKTOR)
09 MEI 2025: Kejohanan Badminton Berpasukan Tertutup Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Antara Sektor yang diadakan buat kali ke-2 telah berlangsung dengan jayanya, di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, pada 05 hingga 07 Mei 2025.
Kejohanan ini yang berlangsung selama tiga (3) hari ini merupakan anjuran Kelab Badminton DBKK Shuttlers dengan kerjasama DBKK Holdings Sdn. Bhd. dan Kelab REKA, DBKK.
Majlis Perasmian kejohanan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.
Kejohanan ini menyaksikan persaingan sengit di antara pasukan-pasukan yang terbahagi mengikut sektor-sektor DBKK, iaitu Sektor Operasi, Sektor Pengurusan Kewangan, Sektor Pembangunan Luar Bandar & Penguatkuasaan, Gabungan Sektor Khidmat Pengurusan & Pejabat Mayor, Sektor Perancangan & Pembangunan dan DBKK Holdings Sdn. Bhd.
Kesemua pasukan telah bersaing dalam lima (5) kategori yang dipertandingkan, iaitu Bergu VIP, Bergu Lelaki Terbuka, Bergu Wanita Terbuka, Bergu Campuran dan Bergu Veteran. Berikut adalah senarai penuh keputusan keseluruhan bagi Kejohanan Badminton Berpasukan Tertutup Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Antara Sektor:
Johan : Sektor Operasi
Naib Johan : Sektor Pembangunan Luar Bandar & Penguatkuasaan
Ketiga : Sektor Pengurusan KewanganSaguhati :
- Sektor Perancangan & Pembangunan
- DBKK Holdings Sdn. Bhd
- Gabungan Sektor Khidmat Pengurusan & Pejabat Mayor
Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK selaku Pengerusi Kejohanan.
Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja DBKK, menerusi aktiviti bersukan. Tahniah kepada semua pemenang!
Facebook Rasmi DBKKLiputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



