Skip to main content

Berita: TINDAKAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB, JEJASKAN IMEJ BANDAR RAYA

  • -

    06 OGOS 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil maklum penularan gambar di media sosial pada 6 Ogos 2025 yang memaparkan tindakan individu tidak bertanggungjawab membuang pakaian ke dalam air pancut (water fountain) di Jalan Gaya.

    Hasil pemeriksaan mendapati tindakan tidak bertanggungjawab tersebut telah menyebabkan sistem pengaliran air tersumbat serta mengakibatkan pencemaran air di dalam air pancut tersebut. Tindakan pembersihan telah dilaksanakan serta-merta oleh kakitangan Jabatan Landskap, DBKK dan dalam masa yang sama, kerja-kerja mengecat semula struktur air pancut akan dilaksanakan bagi membaiki cat sedia ada yang telah rosak.

    Orang ramai diingatkan untuk sama-sama menjaga kekemasan dan keindahan bandar raya bagi mengelakkan gambaran negatif kepada pengunjung, terutamanya pelancong. DBKK tidak akan teragak-agak mengenakan kompaun kepada individu yang melakukan perkara ini di bawah Undang-undang Kecil (UUK) (Anti Sampah Sarap) 1984 Pindaan 2005.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari