Berita: PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA ‘LEAVE NO ONE BEHIND TOWARDS SUSTAINABLE MARKET SIRI 6 2025’
12 OGOS 2025: Dalam usaha untuk menyuntik semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat telah menganjurkan Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ Siri 6/2025, di KK Sentral, pada 09 Ogos 2025.
Penganjuran program pada kali ini mengangkat tema “Bulan Kebangsaan” dan merupakan inisiatif dalam merapatkan hubungan sesama komuniti, menyemarakkan semangat cintakan negara selain menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana yang harmoni.
Seawal pukul 8 pagi, program dimulakan dengan Acara Berbasikal KK Love Bike: Free Ride Tour & KK Harmony Ride dengan penyertaan seramai 17 orang. Para peserta terdiri daripada mahasiswa dari tiga (3) institusi pendidikan tinggi, iaitu Almacrest International College (AIC), Asian Tourism International (ATI) College dan Cyberjaya College Kota Kinabalu serta pelancong yang berdaftar di bawah Sabah Tourist Guide Association (STGA).
Menerusi acara ini, para peserta telah berbasikal ke tiga (3) pusat ibadah di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, iaitu Gurdwara Sahib Sikh Temple, Masjid Negeri Sabah dan Scared Heart Cathedral. Di setiap ‘pit stop’ ini, mereka berkesempatan untuk melawat serta mendengar taklimat ringkas berkaitan setiap pusat ibadah, sebelum berbasikal kembali ke KK Sentral.
Program yang berlangsung bermula pukul 7 pagi hingga 5 petang ini turut menawarkan pelbagai intisari menarik seperti Demo Seni Jahitan, aktiviti memanah dan pertandingan untuk penyertaan ramai. Berikut adalah senarai pemenang setiap pertandingan:
PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA
i.) Kategori Sekolah RendahJohan : Soleyha Syazzya
Naib Johan : Muhammad Adi Farhan
Ketiga : Amber Lee
Saguhati : Alya Syaffirah Binti Sahidii.) Kategori Sekolah Menengah
Johan : Yeong Tian Xian
Naib Johan : Shazleeyatie RosliPERTANDINGAN SAHIBBA (TERBUKA)
Johan : Wardi
Naib Johan : Haryati
Ketiga : Nur Hidayah
Saguhati : JamilahPERTANDINGAN TEKA GAMBAR (TERBUKA)
Johan : Haryati
Naib Johan : Amiser Hassan
Ketiga : Shazleeyatie Rosli
Saguhati : Saidatul NajihaTurut menjadi tumpuan ramai adalah demonstrasi seni mempertahankan diri yang dibawakan khas oleh Persatuan Silat Gayung Fatani, yang merupakan salah satu komuniti di bawah seliaan Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK.
Program diteruskan dengan sesi taklimat yang informatif berkaitan inisiatif dan usaha semasa DBKK, iaitu “Sistem Pelupusan Sampah Sendiri (SPSS)” oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK dan “Kempen Perangi Lipas, Lalat, Tikus dan Nyamuk (LiLaTiN)” oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK.
Para pengunjung yang hadir ke program ini juga berpeluang untuk melawat reruai untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan agensi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh DBKK. Antara yang mengambil bahagian dalam pameran pada kali ini ialah Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM); JRM Holistik Sabah; DBKK Holdings serta jabatan-jabatan DBKK seperti Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa (JPIHEA) “Smart City Friends”; Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti dan pertandingan bersempena dengan Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ Siri 6/2025!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



