Skip to main content

Berita: LAWATAN SAMBIL BELAJAR DBKK KE JABATAN DIGITAL, UMS, PERKUKUH JALINAN STRATEGIK DAN KOLABORASI BIDANG ICT

  • -

    18 NOVEMBER 2025: Dalam usaha memperkukuh jalinan strategik dan kolaborasi dalam bidang ICT dan inovasi digital, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Digital, Universiti Malaysia Sabah, pada 06 November 2025.

    Lawatan ini telah dipengerusikan oleh Ts. Effendy Hadis, Pengarah Jabatan Digital, UMS. Hadir sama ialah Profesor Dr. Ag. Asri bin Hj. Ag. Ibrahim, Ketua Pegawai Digital dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Digital, UMS.

    Sementara itu, rombongan DBKK telah diketuai oleh Puan Ng Mui Chen @ Michelle Wong, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Pendigitalan (JTMP) bersama Puan Tantinny Fung, Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya (JPB) serta beberapa pegawai kanan dan kakitangan sokongan DBKK.

    Antara pengisian utama lawatan ialah sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua-ketua Bahagian Jabatan Digital, UMS, sesi soal jawab serta lawatan ke Cyber Fusion Center (CUTE) dan Green Resilient Infrastructure Data Centre (GRID) yang menampilkan inisiatif serta infrastruktur terkini di UMS.

    Lawatan ini telah membuka peluang untuk kerjasama dan perkongsian ilmu, kepakaran serta pengalaman di antara DBKK dan UMS, dalam memperkukuhkan sinergi dan keupayaan digital sekali gus menyokong agenda transformasi Bandar Pintar Kota Kinabalu.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Teknologi Maklumat dan Pendigitalan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK