Skip to main content

Berita: HARI PERTAMA PELAKSANAAN SPSS DI INANAM TAIPAN TERIMA RESPON MENGGALAKKAN

  • -

    04 FEBRUARI 2026: Pelaksanaan Sistem Pelupusan Sampah Sendiri (SPSS) di seluruh kawasan Inanam Taipan mendapat respon yang menggalakkan menjelang hari pertama pengoperasiannya pada 01 Februari 2026.

    Inisiatif yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ini mendapat sokongan daripada pengusaha premis dan penduduk di sekitarnya, dalam usaha meningkatkan tahap dan kualiti kebersihan persekitaran di kawasan tersebut.

    Sebagai peringatan, pembuangan sampah di luar masa yang telah ditetapkan bagi SPSS adalah dilarang. Individu atau premis yang gagal mematuhi ketetapan ini boleh dikenakan kompaun tidak kurang daripada RM20 dan tidak melebihi RM500 di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Bandaraya Kota Kinabalu (Anti Sampah Sarap) 1984, Pindaan 2005.

    DBKK merakamkan penghargaan kepada syarikat Managament Committee KK Taipan Management di atas komitmen dan sokongan berterusan dalam menjayakan pelaksanaan SPSS di kawasan Inanam Taipan.

    Bersama-sama kita mengekalkan persekitaran bandar raya yang bersih, teratur dan lestari demi kesejahteraan bersama.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK